Monday, March 23, 2009



RADIX FRIED CHICKEN (RFC)
RINGKASAN EKSEKUTIF.

RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD (dikenali sebagai RFC) adalah sebuah syarikat milikan Bumiputera Islam. RFC merupakan subsidiari di bawah HPA Industries Sdn Bhd. Mula beroperasi pada 1 Jun 2008 di Lot 95 – 97, Jalan Lagenda Heights, Lagenda Heights 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

RFC Sungai Petani merupakan restoran pertama yang beroperasi bagi rangkaian restoran RFC di seluruh Malaysia. Selepas pelancaran yang lalu, RFC merancang untuk melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan kedua di Mergong, Alor Setar. Pada masa kini, lokasi berkenaan sudah dikenalpasti berhampiran Bank Islam dan Terminal Bas Shahab Perdana. Lokasi lain yang dirancang untuk pembukaan RFC adalah di Kelantan & Terengganu.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Berdasarkan nilai bersama yang dipegang oleh ahli kumpulan HPA, prinsip tersebut menjadi asas kepada pegangan dalam setiap pengurusan dan operasi serta tatasusila syarikat dalam menjalankan perniagaan restoran makanan segera. Objektif syarikat adalah menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam dan masyarakat secara umumnya.

MISI
* Mewujudkan rangkaian yang luas dalam bidang perniagaan dengan memberi galakkan kepada masyarakat untuk kepentingan umat.
* Menambah bilangan cawangan di seluruh dunia.
* Maju dan berdaya saing serta mampu menguasai pasaran, setaraf dengan restoran-restoran makanan segera yang lain.
* Menarik minat masyarakat untuk kembali kepada produk Halal.

VISI
Mencapai 400 cawangan di seluruh Malaysia pada tahun 2019.

KUALITI
Kami meperjuangkan produk kualiti dengan penuh efisyen dan bersistem bagi kepuasan semua pihak yang menikmati hidangan kami di restoran RFC.


MOTO
FRESH – ORGANIK - HALAL


KUMPULAN SASARAN
Dalam konteks kumpulan sasaran, RFC memilih keluarga sebagai sasaran utama dalam memfokuskan bisnes.

SKOP BISNES.
Menjual produk makanan berasaskan ayam, kentang dan sayuran serta minuman yang penuh berkhasiat dan sesuai untuk semua lapisan umur.


ALAMAT OPERASI
Lot 95 -97, Jalan Lagenda 1,
Lagenda Heights 08000
Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Tel : 04 - 4204713
Faks : 04 – 4204715

WAKTU OPERASI
10.30 pagi – 11.00 malam - restoran biasa.
24 jam- restoran terpilih.


PRODUK

Kami juga menyajikan variasi hidangan sampingan yang halal dan bermutu tinggi
Nugget, Fries, Wedges
* makanan yang digoreng dari sejuk beku terus ke dalam minyak sayuran yang bermutu tinggi dengan suhu mengikut piawaian keselamatan makanan.

Bun
* Roti yang segar dihantar terus dari kilang untuk memastikan mutu dan kualiti berada dalam keadaan selamat.

Mashed Potatoes & Gravy
* Mempunyai citarasa yang berbeza daripada pesaing yang mana lebih lembut dan berkrim, berempah serta lebih halus.

Coleslaw
* Sayur-sayuran yang dicampurkan bersama mayonis sesuai bagi mereka yang menggemari makanan ala barat dan sangat enak dimakan bersama ayam goreng organik.

Mix Salad
* Berupaya memberi peluang kepada sesiapa yang merancang program diet. Mix salad adalah hasil daripada campuran Salad, tomato dan sayuran segar sesuai untuk mereka yang vegetarian. Kehebatan mix salad dapat menyumbang kepada faktor kesihatan dengan memberi tenaga, karbohidrat, protein dan garam.

Sos Cili, Tomato dan Thai
Sos-sos kami telah dibekalkan oleh HPA Farm yang menggunakan bahan-bahan segar dari ladang berasaskan buah tomato dan cili yang berkualiti tinggi. Sesuatu yang boleh diketengahkan ialah sos-sos kami tidak menggunakan sebarang bahan pewarna dan bahan perasa tiruan seperti ”msg”. Resepi yang dibuat adalah khas dan sesuai untuk menu RFC.

Sos Cili
* Sos Cili HPA mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia memiliki rasa dan bau yang mampu menambah selera makan. Ia juga sesuai digunakan untuk apa jua hidangan.

Sos Thai
* Sos Thai HPA mengandungi banyak kandungan serat diet, Vitamin B1, Vitamin C yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta barah dan membantu merangsang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisma. Baunya yang wangi dan rasanya yang sedap membuatkan ramai pelanggan menggemarinya.

Sos Tomato
* Sos Tomato HPA baik untuk kesihatan kulit kerana buah tomato mengandungi anti oksidan yang tinggi dan penting sebagai pelindung sel-sel daripada tindakan oksidan oksigen. Ia mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Ia juga sesuai digunakan sebagai penambah perisa makanan yang dimasak seperti masakan goreng dan sebagainya.

Rahsia Disebalik Ayam Fresh Organic Halal

FRESH
* Fresh bermaksud ayam yang segar dari segi permakanan, perjagaan serta dari segi pemyembelihan. Ayam yang disembelih di ladang dan di hantar terus ke tempat permintaan. Ayam yang dah disembelih tidak akan di simpan lama dalam bentuk sejuk atau sejuk beku supaya kualiti kesegaran ayam itu tidak hilang dan tetap segar.

ORGANIC
* Ayam organic adalah ayam yang di ternak bebas daripada enzim babi atau makanan yang di larang oleh agama islam. Ayam yang di ternak secara organik adalah ayam yang di beri makan seperti ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotic, tidak menggunakan horman, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Ini bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organic seperti spirulina dan tidak memakan dedak.

HALAL
* Halal adalah bermaksud, ayam yang di sembelih secara mengikut tuntutan syariah islam. Ayam yang hendak di sembelih mestilah ayam yang masih hidup dan sihat serta di perlakukan dengan baik sebelum disembelih. Membaca kalimah Allah (Bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor haiwan atau ayam yang disembelih. Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam. Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam kerana dikhuatiri saluran-saluran tersebut tidak dipotong dengan sempurna. Letakkan dan biarkan ayam tersebut mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum diproses selanjutnya.

Tatacara penyembelihan ayam ORGANIK mengikut syariah Islam, khususnya untuk penyembelihan ayam secara banyak dalam satu masa.

Proses penyembelihan merupakan tahap yang sangat penting dalam kehalalan haiwan sembelihan. Oleh karana itu tatacara penyembelihan tersebut harus dilakukan dengan benar dan baik. Beberapa tahap yang harus diperhatikan, khususnya dalam penyembelihan ayam secara banyak dalam satu masa adalah :

* Ayam haruslah masih hidup, sihat dan berada dalam keadaan baik sebelum disembelih.
* Ayam yang mati harus segera dipisahkan dan tidak disembelih.
* Membaca kalimat Allah (Bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor haiwan yang hendak disembelih.
* Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam.
* Untuk penyembelihan secara banyak dalam satu masa, aspek ini harus diperhatikan dengan saksama, jangan sampai ada yang terlepas atau tidak terputus dengan sempurna.
* Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam kerana dikuawatiri tidak memotong saluran-saluran tersebut dengan sempurna.
* Meletakkan dan membiarkan ayam mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum proses selanjutnya seperti pencelupan ke dalam air panas, pencabutan bulu dan pembersihan jangan sampai ayam tersebut dalam keadaan masih hidup.


Kami begitu komited dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab terhadap anda. Kami akan menghargai saranan dan cadangan anda bagi meningkatkan kualiti servis dan perkhidmatan kami di RFC.


Cawangan

Cawangan Sungai Petani
Lot 95-97 Jalan Lagenda Height,
08000 Sungai Petani,
Kedah DarulAman.
No. Tel: 04-4254717(Restoran)
syedrfc@yahoo.com.my

NO.20 JLN SHAHAB 3,
SHAHAB PERDANA,
05150 ALOR SETAR,
Kedah DarulAman.
TEL : 04-7334717 / 047336717



Anda yang gemarkan makanan segera dan anda yang belum mencuba makanan segera yang dihasilkan oleh RFC bolehlah berkunjung ke RFC SHAHAB PERDANA di Alor Star. RFC menyajikan hidangan segera seperti ayam goreng organik, fries, wedges, burger, minuman berkabonat dan pencuci mulut seperti ice cream.